|
bunga pun cun juga. |
morning boyfriends.here's a guideline for our date(s) :)
kereta bukan motor
nak dating sila bawa kereta.sebab saya gemuk nanti notor awak pancit.lagi satu saya tak suka peluk-peluk atas motor.malu lah orang nampak kemesraan kita.mesra tak boleh ditunjuk.malu tahu.hujan nnt habis kita basah,tak mahu itu ok.maka,belilah kereta satu :)
rambut natural
mak saya dah warning hari tu.nak cari pakwe jangan yang rambut kaler.mak kata begini,"mcm mana nak jd suami rambut kaler-kaler ni?ntah solat ntah tidak.".jadi,awak jangan kaler rambut.mak saya tak suka.saya tahu awak kacak,tak kaler rambut pun saya masih sayang awak.
hati cekal
kalau tengok wayang awak kena prepare.kalau tengok cerita hantu,saya harap bukan awak yang peluk saya.biar saya yang TERpeluk awak sebab terkejut.bukan awak yg menjerit ketakutan.kalau tengok cerita sedih,awak jangan ejek saya kalau saya menangis.saya tgk 'toy story 3' pun dah boleh meleleh air mata.apatah lagi cerita 'sekali lagi',jangan terkejut kalau bahu awk basah.
telinga kebal,badan besi
saya suka cakap kuat-kuat.kalau saya jerit tiba-tiba awk jgn terkejut.saya bukan sawan,cuma tak tahan.tak tahan tengok awak kacak sangat.saya juga suka cubit,suka pukul tak terkecuali.saya harap awak tak terkejut kalau tiba-tiba saya tepuk awak masa awak driving.tak kahwin kita nanti.
memahami
saya ada penyakit.dalam sebulan ad PMS.masa tu saya suka menangis tiba-tiba.awak jgn cakap saya gila.saya normal,cuma sedikit terganggu waktu itu.masa itu saya harap awak telefon saya dgn berkata,"sayang ok?".hati emosi boleh jadi berseri-seri awak tahu tak?
masa
saya tak mintak awak luang 24 jam sehari untuk saya.awak boleh bersosial dgn kawan awak,saya tak halang.awak boleh buat kerja awak,saya tak halang.cukup bagi saya kalau awak sms saya yang awak bersama rakan atau sedang bekerja.atau awak telefon saya sebelum awak tidur.yang penting saya tahu keadaan awak baik baik sahaja.
saya rasa cukup lah sekadar ini.nanti kalau banyak sangat awak kata saya diva pulak.awak tak buat semua pun tak apa.saya tetap sayang awak.cuma,kurang sikit lah.lain masa saya cerita lagi.
sayang awak.
footnote : alkisah rambut kaler ; kantoi dgn mummy.mummy check my fon and ad gmbr ex(ye, sy simpan gmbr dia sbb dia hensem sgt).dia kaler rambut ok.mak ckp,"nasib baik dah putus.rambut kaler-kaler.mcm mne nk bimbing keluarga?".aiyak!